Home Nasional Anwar tiba di UAE untuk lawatan kerja tiga hari
Nasional

Anwar tiba di UAE untuk lawatan kerja tiga hari

Anwar tiba di UAE untuk lawatan kerja tiga hari

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar dalam rangka lawatan ke UAE selama tiga hari / Foto RTM

ABU DHABI, 13 Januari-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Pesawat khas yang membawa Datuk Seri Anwar itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi pada jam 9.00 malam waktu tempatan ,bersamaan 1.00 pagi waktu Malaysia.

Setiba di Abu Dhabi, Perdana Menteri disambut Menteri Negara UAE, Ahmed bin Ali Al Sayegh.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang tiba lebih awal dan Duta Besar Malaysia ke UAE, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin.
Datuk Seri Anwar turut diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz; dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, dan para pegawai kanan kerajaan Malaysia yang lain.

Kali terakhir beliau mengadakan lawatan ke UAE adalah pada Oktober 2023.

Lawatan 36 jam itu telah menjana pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion untuk Malaysia dalam sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, aeroangkasa dan logistik.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...