Home Nasional 8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura
Nasional

8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura

8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Malaysia yang karam di perairan Singapura

FOTO HIASAN

SINGAPURA, 13 Januari- Kesemua lapan anak kapal tangki Silver Sincere yang berdaftar di Malaysia telah diselamatkan oleh kapal kargo berdaftar Indonesia Intan Daya 368, selepas ia karam di perairan wilayah Singapura berhampiran Pedra Branca pada Ahad.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata ia telah mengarahkan kapal pengangkut Indonesia itu untuk membantu selepas agensi itu dimaklumkan mengenai panggilan kecemasan Silver Sincere kira-kira 3.40 petang Ahad.

\”Nakhoda kapal telah memindahkan semua anak kapal dari kapal yang tenggelam. Semua anak kapal berada dalam keadaan sihat dan akan diturunkan di Batu Ampar, Indonesia,\” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa kejadian, Silver Sincere dilaporkan dimasuki air.

MPA berkata sebagai sebahagian daripada usaha mencari dan menyelamat, agensi itu juga telah mengerahkan kapalnya, bersama-sama dengan kapal Tentera Laut Republik Singapura dan Pengawal Pantai Polis Singapura.

\”Fasa mencari dan menyelamat yang diselaraskan oleh MPA telah selesai,\” katanya.

MPA juga telah mengaktifkan kapal tunda penyelamat untuk fasa pemulihan kapal. Sebagai langkah berjaga-jaga, kapal tindak balas tumpahan minyak juga telah diaktifkan.

Agensi itu menyiarkan nasihat keselamatan navigasi untuk kapal yang melalui kawasan kejadian agar menjauhi lokasi itu. Trafik navigasi di Selat Singapura tidak terjejas.- BERNAMA

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...