Home Nasional Keamanan, kestabilan antara tarikan pelabur asing – PM
Nasional

Keamanan, kestabilan antara tarikan pelabur asing – PM

Keamanan, kestabilan antara tarikan pelabur asing – PM

Foto BERNAMA

BUKIT MERTAJAM, 11 Januari- Keamanan dan kestabilan negara jelas terbukti menjadi antara tarikan pelabur asing ke negara ini.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, negara berada dalam landasan yang tepat dengan kehadiran pemimpin luar bagi meningkatkan hubungan dua hala negara.

\”Dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini, Perdana Menteri Thailand datang bertemu, diikuti oleh Ketua Speaker Vietnam, Perdana Menteri Singapura, Presiden Indonesia, dan semalam Perdana Menteri Jepun.

\”Kesemua mereka menyatakan hasrat untuk meningkatkan kerjasama perdagangan dan pelaburan dengan Malaysia. Alhamdulillah, tahukah anda kenapa? Sebab Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan terdiri daripada masyarakat berbilang kaum.

\”Tahun ini, saya mahu menumpukan kepada agenda rakyat. Fokus saya adalah untuk menarik lebih banyak pelaburan, agar orang ramai yakin dengan kita.

\”Sebab apa yang penting adalah memastikan sekolah anak-anak kita lebih baik, daripada tandasnya, komputernya, gurunya, hinggalah kepada kemudahan kesihatannya. Itulah yang kita mahukan,\” katanya ketika berucap pada Program Muhibbah MADANI anjuran Yayasan Muhibah Malaysia di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....