Home Nasional Empat negeri terlibat banjir, Johor paling terjejas
Nasional

Empat negeri terlibat banjir, Johor paling terjejas

Empat negeri terlibat banjir, Johor paling terjejas

Foto BERNAMA

JOHOR, 11 Januari- Seramai 3,153 orang daripada 945 keluarga terjejas akibat banjir di Johor setakat pukul 11.54 malam tadi.

Angka tersebut meningkat berbanding 3,143 orang yang direkodkan pada pukul 10.00 malam tadi.

Menurut InfoBencanaJKM, sebanyak 34 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di lima daerah di negeri itu.

\”Kota Tinggi mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 1,156 orang.

\”Ini diikuti oleh Kluang (504 orang), Johor Bahru (571 orang), Kulai (539 orang), dan Pontian (383 orang),\” menurut kenyataan tersebut.

Sementara itu, di Kedah, seramai 51 orang daripada 16 keluarga terjejas akibat banjir setakat pukul 10.00 malam tadi.

Kesemua penduduk terjejas adalah dari daerah Kuala Muda, dengan hanya satu PPS dibuka setakat ini.

Di Perak, seramai 30 orang daripada lapan keluarga terjejas akibat banjir setakat pukul 9.45 malam tadi.

Penduduk terjejas banjir melibatkan daerah Manjung, dengan satu PPS dibuka untuk menempatkan mereka.

Di Terengganu pula, seramai 15 orang daripada lima keluarga dilaporkan terjejas akibat banjir setakat pukul 10.00 malam tadi.

Kejadian itu melibatkan daerah Kemaman, dengan satu PPS dibuka setakat ini.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...