Home Nasional Peluncuran blok baharu KPJ Penang, mercu tanda sektor penjagaan kesihatan
Nasional

Peluncuran blok baharu KPJ Penang, mercu tanda sektor penjagaan kesihatan

Peluncuran blok baharu KPJ Penang, mercu tanda sektor penjagaan kesihatan

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Peluncuran blok baharu KPJ Penang Specialist Hospital di Bukit Mertajam bukan sahaja menjadi mercu tanda bagi KPJ Healthcare Berhad, tetapi juga bagi sektor penjagaan kesihatan di Malaysia secara keseluruhan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahawa kemudahan yang dilengkapi dengan teknologi canggih itu mampu meningkatkan keupayaan untuk menyediakan rawatan berkualiti tinggi kepada rakyat.

Beliau menambah, langkah proaktif yang diambil oleh hospital tersebut dapat menjadikan penjagaan kesihatan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

Namun, penyedia perkhidmatan kesihatan digesa untuk mencari penyelesaian bagi mengurangkan kos rawatan agar tidak membebankan pesakit.

Anwar turut menegaskan bahawa menerusi belanjawan yang diumumkan tahun lalu, kerajaan memberikan tumpuan kepada aspek pendidikan dan kesihatan, yang memberi manfaat besar kepada kesejahteraan rakyat.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...