Home Nasional Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan
Nasional

Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan

Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan

Foto Bomba Kuala Rompin

PEKAN, 12 Januari- Lima sekeluarga maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Sembayan, Pekan.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman berkata, mangsa yang maut membabitkan lelaki dan perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi.

\”Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi bersama dua jentera segera ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.14 malam tadi.

\”Selain itu, 13 anggota dari BBP Kuala Rompin turut digerakkan bersama dua jentera bagi membantu operasi.

\”Setiba anggota di lokasi kejadian, didapati dua mangsa daripada MPVmengalami kecederaan manakala lima mangsa daripada sebuah lagi kenderaan telah tersepit,\” katanya menerusi kenyataan.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Rompin untuk menerima rawatan.

Kelima-lima mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat diserahkan kepadapolis untuk tindakan lanjut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....