Home Nasional Ziarah Kasih: JPKKP bantu 650 keluarga di Padang Besar tahun lalu
Nasional

Ziarah Kasih: JPKKP bantu 650 keluarga di Padang Besar tahun lalu

Ziarah Kasih: JPKKP bantu 650 keluarga di Padang Besar tahun lalu

FOTO RTM

BESERI, 12 Januari- Selepas setahun menerajui kepimpinan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan terus menjadi keutamaan.

Menerusi JPKKP, lebih 650 keluarga disantuni sepanjang tahun 2024 menerusi program Ziarah Kasih melibatkan 122 kawasan JPKKP seluruh Padang Besar.

Bagi Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Ruzaini Rais, dengan sokongan padu daripada pemimpin peringkat komuniti, usaha menjejaki mereka yang memerlukan bantuan lebih mudah dengan kunjungan dari rumah ke rumah mereka yang memerlukan bantuan.

Tumpuan diberikan menerusi Ziarah Kasih terhadap pesakit terlantar, warga emas yang uzur, ahli keluarga terlibat kemalangan, bencana alam terutamanya ribut dan banjir serta pendidikan anak-anak asnaf serta permasalahan setempat khusus berkaitan kemudahan prasarana.

\”Pihak JPKKP bermesyuarat dua bulan sekali untuk melihat atau memantau perkembangan di setiap rumah di dalam kawasan cawangan atau JPKKP tersebut.

\”Jadi segalam maklumatakan dikumpul dalam mesyuarat tersebut, begitu juga dengan senarai nama mereka yang memerlukan bantuan.

\”Oleh kerana itulah pihak kami, pihak pengurusan akan terus memantau berpandukan kepada data dan panduan yang telah diambil oleh pihak JPKKP,\” katanya.

Beliau memaklumkannya ketika menziarahi dua keluarga penduduk yang berdepan masalah kesihatan di sekitar Kampung Batu Hampar, Beseri.

Program Ziarah Kasih dilaksanakan secara berkala dan menjadi platform penting untuk beramah mesra bagi mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain selain mendapatkan maklumat terkini keadaan mereka yang memerlukan bantuan sama ada jangka pendek atau bantuan berkala

Bagi memastikan kebajikan mereka yang menerima bantuan terus terbela, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat berikutan ada sesetengah mereka yang diziarahi memerlukan bantuan berterusan untuk menjalani kehidupan seharian.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...