Home Ekonomi JS-SEZ: Prestasi saham dijangka catat pertumbuhan lebih baik
Ekonomi

JS-SEZ: Prestasi saham dijangka catat pertumbuhan lebih baik

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 11 Januari- Prestasi saham dijangka mencatat pertumbuhan lebih baik setelah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) terlaksana.

Menurut Setiausaha Pertubuhan Penganalisis Teknikal Malaysia, Muhammad Azmi Mohd Amin, JS-SEZ bakal meningkatkan perdagangan dan pelaburan serta merangsang pertumbuhan pelbagai industri.

Antara industri yang diberi tumpuan termasuklah logistik, pelancongan, ekonomi digital, tenaga dan pembuatan.

\”Jadi, ini akan dapat menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

\”Selain itu, pendapatan syarikat-syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor-sektor tersebut akan berkembang dengan lebih baik.

\”Seterusnya, perkembangan ini akan diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan utama syarikat, yang akhirnya akan menyumbang kepada prestasi saham yang lebih baik pada masa hadapan,\” katanya kepada pemberita di sini.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...