Home Pasaran FBM KLCI Pulih Disokong Belian Pada Harga Rendah Saham Perbankan, Telco
Pasaran

FBM KLCI Pulih Disokong Belian Pada Harga Rendah Saham Perbankan, Telco

FBM KLCI Pulih Disokong Belian Pada Harga Rendah Saham Perbankan, Telco

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Jan(Livevartha) — FBM KLCI kembali pulih daripada penurunan semalam dan ditutup tinggi sedikitpada Jumaat, dipacu oleh belian pada harga rendah saham perbankan dan telekomunikasi, meskipun prestasi lemah dalam bursa serantau.

Pada 5 petang, indeks penanda aras itu naik 1.60 mata atau 0.10 peratus kepada1,602.41 daripada1,600.81 ketika ditutup pada Khamis.

FBM KLCI dibuka 2.73 mata lebih tinggi pada1,603.54 dan bergerak antara1,599.71 dan1,605.74 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 530 daripada 443, manakala 551 kaunter tidak berubah, 845 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengecil kepada 2.52 bilion unit bernilai RM2.42 bilion berbanding3.49 bilion unit bernilaiRM2.93 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata indeks penanda aras kekal stabil, mencerminkan sentimen pelabur yang semakin baik berikutan reaksi negatif pasaran terhadap cadangan sekatan eksport cip kecerdasan buatan (AI) oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS)Joe Biden.

Beliau berkata kebimbangan itu dibangkitkan oleh Majlis Perindustrian Teknologi Maklumat yang berpangkalan di Washington D.C, yang mengkritik peraturan itu kerana ia berpotensi mengehadkan daya saing syarikat AS dalam pasaran global, dan inimungkin telah mengurangkan sedikit tekanan ke atas pasaran ekuiti Malaysia.

Bagaimanapun, sentimen pasaran meluas kekal tidak menentu yang dipengaruhi data ekonomi global yang lemah. Data inflasi China yang dikeluarkan semalam memenuhi jangkaan pada 0.1 peratus tahun ke tahun pada Disember.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...