Home Pasaran GMM 20 Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Pasaran Serantau, Keyakinan Dipacu Rangsangan
Pasaran

GMM 20 Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Pasaran Serantau, Keyakinan Dipacu Rangsangan

GMM 20 Ditutup Tinggi Disokong Kenaikan Pasaran Serantau, Keyakinan Dipacu Rangsangan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Livevartha) — Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras, kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat lebih tinggi bagi sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat, dirangsang penurunan yen, walaupun kekal berada di landasan dengan mengakhiri minggu ini dengan prestasi rendah berikutan prospek permintaan global yang lemah.

Sentimen didorong lagi oleh keyakinan bahawa China akan menambah baik langkah rangsangannya dengan ketara, terutama melalui langkah fiskal yang bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi pada 2025, katanya.

Beliau berkata sebagai sebahagian langkah itu, China mengumumkan subsidi tukar beli kenderaan yang tamat pada 31 Dis, 2024 akan dilanjutkan sehingga tahun ini di bawah skim tukar beli pengguna yang diperluas untuk menggiatkan semula pertumbuhan ekonomi.

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya telah dihadkan apabila ringgit yang sedikit lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan sentimen menjelang laporan pekerjaan AS (bagi Disember),” katanya kepada Livevartha.

Ketika laporan ini dibuat, ringgit didagangkan pada 4.4950/5000 berbanding dolar AS daripada 4.5005/5055 ketika ditutup pada Khamis.

Pada pukul 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan GMM 20 meningkat 16 sen kepada 876 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 1.5 sen kepada 676.5 sen sekilogram.

— Livevartha

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Livevartha)–Bursa Malaysia melantun semula ke wilayah positif pada...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Laporan MPOB Yang Optimis
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Laporan MPOB Yang Optimis

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid KUALA LUMPUR, 10 Jan(Livevartha) –Kontrak niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Kekal Aliran Meningkat
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Kekal Aliran Meningkat

Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 10 Jan(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan...

FBM KLCI Pulih Disokong Belian Pada Harga Rendah Saham Perbankan, Telco
Pasaran

FBM KLCI Pulih Disokong Belian Pada Harga Rendah Saham Perbankan, Telco

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 10 Jan(Livevartha) — FBM KLCI...