Home Nasional Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah
Nasional

Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah

Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Menteri-menteri yang mewakili UMNO bersedia memberikan kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan untuk memberikan keterangan berhubung kewujudan dokumen yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang berlangsung di Menara Dato Onn.

Beliau berkata UMNO bersyukur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan dokumen itu.

\”UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan dokumen tambahan itu,\” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini malam ini.

Pada masa sama, beliau berkata UMNO akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Najib selaras dengan kuasa prerogatif di bawah Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Asyraf Wajdi berkata UMNO selaku satu-satunya parti yang termaktub di dalam Perlembagaan partinya untuk mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu, akan sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi ke bawan Yang di-Pertuan Agong.

Pada Isnin lepas, Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen mengenai satu perintah yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan mengenai meritnya.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....