Home Pasaran Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Livevartha)–Bursa Malaysia melantun semula ke wilayah positif pada awal dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah ketika pelabur mengambil kesempatan susulan penyusutan baru-baru ini.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 3.48 mata kepada 1,604.29 daripada paras 1,600.81 selepas dibuka mengukuh 2.73 mata kepada 1,603.54.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 212 berbanding 107 manakala300 kaunter tidak berubah, 1,750 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 154.55 juta saham bernilai RM95.70million.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti jualan saham yang berlakubaru-baru ini dilihat sebagai menawarkan peluang menarik kepada pelabur yang berminat membeli saham berkenaan.

"Sehubungan itu, kami menjangkakan (indeks petunjuk utama) FBM KLCI bergerak dalam julat 1,600-1,610 untuk hari ini," katanya.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata operasi Wall Street ditutup sebagaimenghormati pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Jimmy Cartermanakala niaga hadapan pasaran itu juga susut ketika peniaga mengalihkan tumpuan terhadap senarai gaji bukan perladangan bagi Disember yang dijadualkan pada lewat hari ini.

Firma pembrokeran itu berkata penyusutan niaga hadapan Wall Street itu juga boleh melimpah kepada saham-sahamtempatan.

"Bagaimanapun, kami percaya pasaran akan turut memberi tumpuan kepada negeri tertentu seperti Sarawak susulan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikannyasebagai hab tenaga Malaysia yang dijangka melonjakkan pembangunan negeri itu danmemberi manfaat kepada kaunter berkaitan Malaysia Timur," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Related Articles

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US
Pasaran

Ringgit Dibuka Tidak Berubah Berbanding Dolar US

Oleh Karina Imran KUALA LUMPUR, 9 Jan (Livevartha) — Ringgitdibuka tidak berubah...

Ringgit Bergerak Pada Hala Tuju Betul, Cerminkan Asas Ekonomi – BNM
Pasaran

Ringgit Bergerak Pada Hala Tuju Betul, Cerminkan Asas Ekonomi – BNM

Datuk Seri Abdul Rasheed Abdul Ghaffour KUALA LUMPUR, 9 Jan(Livevartha) — Ringgit...

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Bagi Hari Kedua
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Bagi Hari Kedua

Oleh Zarul Effendi Razali KUALA LUMPUR, 9 Jan(Livevartha) — Ringgit mengakhiri urus...

FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua  Berturut-turut Susulan Tekanan Luar
Pasaran

FBM KLCI Turun Bagi Hari Kedua Berturut-turut Susulan Tekanan Luar

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 9 Jan (Livevartha) –FBM KLCI...