Home Nasional PM terima kunjungan DPIM, bincang pembangunan ekonomi
Nasional

PM terima kunjungan DPIM, bincang pembangunan ekonomi

PM terima kunjungan DPIM, bincang pembangunan ekonomi

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada delegasi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan lawatan itu diketuai Presiden DPIM Datuk Mohammad Sahar Mat Din dan membincangkan berkenaan cadangan berkaitan pembangunan ekonomi.

\”Dalam pertemuan ini, kami sempat membincangkan beberapa cadangan terkait inisiatif pembangunan ekonomi mencakupi konsep wakaf dan penggunaan kecerdasan buatan.

\”Saya hargai cadangan dikemukakan DPIM yang selari dengan hasrat Kerajaan supaya Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 mendapat suntikan idea-idea bernas dan sokongan pelaksanaan daripada pemain industri seperti dewan-dewan perniagaan dan perdagangan,\” menurut hantaran itu.

DPIM ditubuhkan pada 1993 bermatlamat untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan peniaga dan pengusaha Muslim demi kepentingan serta faedah ekonomi Islam.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...