Home Nasional Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, rasmikan PEOC
Nasional

Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, rasmikan PEOC

Johari Ghani mulakan lawatan rasmi ke Pakistan, rasmikan PEOC

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memulakan lawatan rasmi ke Pakistan hari ini bagi merasmikan Persidangan Minyak Makan Pakistan (PEOC) di Karachi, yang dijadualkan pada 11 Januari.

PEOC; acara tahunan terulung untuk sektor minyak makan yang menghimpunkan pengeluar, peniaga, pembeli dan penggubal dasar dari seluruh rantau ini.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata persidangan itu bakal menjadi platform untuk meneroka perkembangan industri, membincangkan amalan mampan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dalam perdagangan minyak makan.

Datuk Seri Johari akan menyampaikan ucap tama pada majlis perasmian PEOC.

Sekali gus menekankan manfaat bersama dalam mempertingkat inovasi, kerjasama serta terus memperkukuh hubungan sedia terjalin dengan Pakistan.

Beliau juga dijangka bertemu Menteri Perusahaan dan Pengeluaran Pakistan untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dan pemimpin perniagaan dalam industri minyak sawit.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...