Home Nasional Bekas ADUN Kuala Sepetang dilantik CEO Tourism Selangor
Nasional

Bekas ADUN Kuala Sepetang dilantik CEO Tourism Selangor

Bekas ADUN Kuala Sepetang dilantik CEO Tourism Selangor

Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Tourism Selangor

SHAH ALAM, 9 Januari- Tourism Selangor mengumumkan pelantikan Chua Yee Ling sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Agensi itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang,Perak berkenaan menggantikan Azrul Shah Mohamad, yang berkhidmat sebagai KPE Tourism Selangor selama lima tahun sejak Januari 2020.

“Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan kakitangan Tourism Selangor amat mengalu-alukan KPE baharu, yang berpengalaman luas dalam pentadbiran selama 17 tahun merentasi pelbagai industri dan memiliki kepakaran serta kredibiliti yang dapat menyumbang kepada agensi.

\”Dengan rekod cemerlang merentasi sektor awam dan swasta, Tourism Selangor yakin beliau akan mengukuhkan kerjasama antara agensi ini dengan kerajaan negeri, sekali gus memacu industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam mencapai matlamat Tahun Melawat Selangor 2025,\” menurut kenyataan itu.

Chua juga pernah berkhidmat sebagai Pengurus Pembangunan Industri dan Jaringan Perniagaan di Tourism Selangor selama empat tahun berturut-turut.

Sebelum menyertai Tourism Selangor, Chua memegang beberapa peranan penting dalam kerajaan termasuk pernah bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selain berpengalaman selaku wakil rakyat di Perak.- BERNAMA

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...