Home Ekonomi Swift Energy catat premium 28.6% di Pasaran ACE
Ekonomi

Swift Energy catat premium 28.6% di Pasaran ACE

Swift Energy catat premium 28.6% di Pasaran ACE

TAN Bin Chee (lima dari kiri) bersama barisan pengurusan Swift Energy selepas gimik penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE, Bursa Malaysia semalam.

KUALA LUMPUR: Swift Energy Technology Berhad (Swift Energy) memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada harga 36 sen, mencatatkan premium sebanyak 28.6 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) 28 sen sesaham, dengan jumlah dagangan pembukaan sebanyak 33.58 juta saham.

Syarikat berjaya mengumpul RM70.06 juta melalui penerbitan awam sebanyak 250.2 juta saham biasa baharu pada harga terbitan 28 sen setiap satu.

Daripada jumlah hasil itu, Swift Energy telah memperuntukkan kira-kira 40 peratus untuk pengembangan kemudahan fabrikasi, storan, pejabat, dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) baharu.

Selain itu, 3.1 peratus hasil akan digunakan untuk pembelian mesin, peralatan, dan perisian, yang akan ditambah dengan dana dalaman serta pinjaman bank.

Bagi baki kira-kira 56.9 peratus pula akan digunakan untuk menubuhkan pusat R&D, pengembangan perniagaan, pembayaran balik pinjaman, modal kerja, dan perbelanjaan penyenaraian.

Mengulas lanjut perancangan syarikat, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Swift Energy, Tan Bin Chee berkata, pembinaan kilang baru sedang dalam peringkat persiapan lantai mesinik, dengan kerja-kerja konsultan hampir selesai.

“Selepas lantai siap, kawasan tersebut akan dimanfaatkan untuk pembangunan kilang baru yang dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran.

“Selain itu, syarikat juga akan melancarkan subsidiari baru di Indonesia akan dilancarkan sebagai langkah memperluaskan operasi ke Asia selepas perayaan Tahun Baru Cina,” katanya semasa sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia.

Sementara itu, beliau berkata, Swift Energy tidak bergantung kepada satu pelanggan sahaja, sebaliknya mempelbagaikan pelanggannya bagi mengurangkan risiko dan memastikan kestabilan perniagaan.

“Pelanggan mereka terdiri daripada syarikat minyak nasional, kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) antarabangsa, dan firma besar di ASEAN, termasuk PTT Thailand.

“Dalam usaha mengukuhkan kehadiran global, Swift Energy telah menjalankan projek di China, Thailand, Singapura, dan Afrika.

“Projek terbaru di Kongo dan Nigeria melalui kerjasama dengan China Yard adalah antara pencapaian utama yang dijangka memperluaskan jejak,” katanya.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...