Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka rendah, dipengaruhi prestasi lemah Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka rendah, dipengaruhi prestasi lemah Wall Street

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Januari– Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada pukul 9.11 pagi, Indeks FBM KLCI turun 1.06 mata kepada 1,628.73 daripada 1,629.79 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 0.87 mata lebih rendah kepada 1,628.92.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 233 berbanding 158, manakala 323 kaunter lagi tidak berubah, 1,656 kaunter tidak diniagakan, dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 359.38 juta saham bernilai RM170.82 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata data pasaran terkini dari Amerika Syarikat (AS) menunjukkan jumlah tawaran pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada November lepas.

Beliau berkata ini menunjukkan daya tahan ekonominya, yang boleh menyebabkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mempertimbangkan semula pengurangan kadar faedah seterusnya.

Hasil Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun meningkat tujuh mata asas kepada 4.693 peratus, selepas mencecah paras tertinggi harian pada 4.699 peratus, sekali gus menjadi paras tertinggi sejak April 2024, katanya.

\”Sementara itu, FBM KLCI menunjukkan tanda-tanda pemulihan, disokong oleh purata pergerakan eksponen (EMA) yang positif dan sokongan kukuh daripada institusi tempatan.

“Kami yakin momentum meningkat ini akan membantu indeks memperoleh semua asas pergerakan menaik. Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks penanda aras diniagakan dalam julat 1,625 hingga 1,635,\” katanya kepada Bernama.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM10.12, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing turun satu sen kepada RM4.50 dan RM7.19, manakala CIMB kekal pada RM8.15, sementara Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM14.36.

Bagi saham aktif, Swift Energy yang baru disenaraikan di Pasaran ACE naik enam sen kepada 34 sen, Aneka Jaringan menambah 1.5 sen kepada 16.5 sen, sementara Aimflex susut setengah sen kepada 15 sen manakala Jiankun serta Alpha IVF masing-masing kekal pada 5.0 sen dan 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kurang 8.22 mata kepada 12,538.61, Indeks FBM Emas Syariah turun 1.09 mata kepada 12,552.80, dan Indeks FBMT 100 susut 7.18 mata kepada 12,211.93.

Indeks FBM 70 susut 8.42 mata kepada 18,935.09 dan Indeks FBM ACE kurang 1.87 mata kepada 5,464.10.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.51 mata kepada 19,004.18, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.36 mata kepada 174.83, dan Indeks Perladangan susut 24.83 mata kepada 7,583.97, sementara Indeks Tenaga meningkat 3.68 mata kepada 862.40.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...