Home Ekonomi Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$116.2 bilion
Ekonomi

Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada AS$116.2 bilion

Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan rizab antarabangsa berjumlah AS$116.2 bilion pada penghujung 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Januari – Bank Negara Malaysia (BNM) merekodkan rizab antarabangsa berjumlah AS$116.2 bilion pada penghujung 2024, meningkat daripada AS$113.5 bilion yang dicatatkan pada akhir 2023.

Paras rizab setakat 31 Disember 2024 turut mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Rizab ini mencukupi untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Rizab tersebut terdiri daripada rizab mata wang asing berjumlah AS$103.7 bilion, diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$5.9 bilion, emas AS$3.3 bilion dan aset rizab lain AS$2.5 bilion.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...