Home Nasional Hilang 9 hari, remaja perempuan ditemukan selamat di Cheras
Nasional

Hilang 9 hari, remaja perempuan ditemukan selamat di Cheras

Hilang 9 hari, remaja perempuan ditemukan selamat di Cheras

Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani, 17, ditemui di sebuah restoran di Cheras malam tadi

SEPANG, 7 Januari – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 29 Disember lalu, sudah ditemui dalam keadaan selamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, polis berjaya menemui Nurul Fateha Nabila Mohd Zailani, 17, di Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur.

\”Sekitar pukul 11.15 malam, polis berjaya menemui remaja terbabit di sebuah restoran di Batu 9, Cheras dan sepanjang kehilangan, remaja itu berada di rumah rakannya.

\”Remaja itu telah diserahkan kepada ibu bapanya malam tadi dalam keadaan baik.

“Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala kerjasama dan maklumat yang disalurkan sehingga mangsa dijumpai semula,” katanya dalam kenyataan di sini.

Media pada Sabtu melaporkan, polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan remaja terbabit yang dilaporkan hilang oleh ibu saudaranya pada 31 Disember lalu.

Difahamkan remaja itu tinggal bersama ibu saudaranya di Kampung Sungai Merab Luar, Kajang sejak Februari tahun lalu.

Sebelum menghilangkan diri, remaja itu telah berkurung dalam bilik rumah kerana perselisihan faham keluarga.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....