Home Nasional 10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina
Nasional

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

Foto RTM

KANGAR, 8 Januari – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina penghujung bulan ini, Yayasan Mr D.I.Y turut berkongsi kegembiraan bersama golongan kurang bernasib baik di Perlis.

10 keluarga asnaf terpilih untuk menerima sumbangan barangan keperluan harian.

Menurut Pengerusi Komuniti Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis (PVAC) Mohd Effendy Harun, setiap perayaan yang disambut masyarakat berbilang kaum akan menjadi lebih bermakna sekiranya rezeki dapat berkongsi bersama-sama.

Perayaan ini bukan sahaja disambut dengan penuh kesyukuran tetapi menjadi hari penting untuk diraikan bersama keluarga serta jiran tertangga pelbagai kaum dan agama di seluruh Perlis dan sumbangan disalurkan mampu memberi keceriaan.

‘’Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yayasan D.I.Y yang turun ke Perlis dan memilih PVAC menjadi tuan rumah untuk menyampaikan sumbangan kepada penerima-penerima sumbangan yang berbangsa Cina sempena sambut tahun baru ini.’’

‘’Jadi di kesempatan ini juga saya ucapkan terima kasih kepada MAIPs dan juga JKM yang sering kali membantu PVAC dalam menyalurkan sumbangan dan menyantuni asnaf yang berada di negeri Perlis ini.’’

Beliau memaklumkannya pada Program Sumbangan Tahun Baharu Cina Yayasan Mr D.I.Y dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Aktiviti PVAC.

Sambutan Tahun Baharu Cina saban tahun dilihat mampu memupuk perpaduan di negara ini kerana ia turut dimeriahkan oleh semua lapisan masyarakat.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...