Home Nasional Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan
Nasional

Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan

Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan

Konvoi kenderaan yang membawa Najib tiba di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi ini/RTM

PUTRAJAYA, 6 Januari- Kawalan ketat anggota polis dengan bantuan pengawal keselamatan dilaksanakan di perkarangan Istana Kehakiman hari ini susulan pendengaran rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar kewujudan Titah Adendum.

Najib tiba di perkarangan Istana Kehakiman di sini kira-kira pukul 8.32 pagi untuk menghadiri prosiding tersebut.

Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan tarikh hari ini bagi mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh beliau.

Rayuan tersebut berkaitan permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan mengenai Titah Adendum yang didakwa telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sementara itu, tinjauan RTM mendapati keadaan di lokasi terkawal dengan pihak keselamatan memastikan kelancaran prosiding dan keselamatan semua pihak.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....