Home Nasional 128 peserta meriahkan Pertandingan Boling RTM 2025
Nasional

128 peserta meriahkan Pertandingan Boling RTM 2025

128 peserta meriahkan Pertandingan Boling RTM 2025

Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi RTM, Tarmimi Sahad

PETALING JAYA, 5 Januari– Seramai 128 peserta memeriahkan Pertandingan Boling RTM 2025 di Sunway Pyramid.

Kejohanan yang memasuki edisi kedua merupakan anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi RTM (KSRRTMA).

Pengerusi KSRRTMA, Tarmimi Sahad berkata, kejohanan sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim sesama warga RTM.

\”Acara hari ini melibatkan 128 peserta, 32 lane kita himpunkan ahli-ahli dan ahli bersekutu. Ahli bersekutu terdiri daripada ahli yang bersara dengan ahli-ahli bersekutu yang lain untuk sebagai permulaan pembuka tirai kepada kejohanan liga yang akan datang\”, katanya kepada pemberita di sini.

Ong Bowler dinobatkan sebagai juara Kejohanan Pertandingan Boling RTM 2025 yang sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300.

Selain sukan boling, kelab juga merancang pelbagai acara sukan sepanjang tahun ini, termasuk badminton, bola sepak dan sepak takraw.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...