Home Nasional Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands
Nasional

Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands

Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands

Keadaan tanah runtuh di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue Valley di Cameron Highlands awal pagi tadi/APM

CAMERON HIGHLANDS, 6 Januari- Tanah runtuh berlaku di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue Valley, di sini, kira-kira pukul 3.15 pagi tadi akibat hujan lebat berterusan.

Runtuhan tersebut menyebabkan laluan utama dari arah Simpang Pulai/Lojing ke Cameron Highlands terhalang di kedua-dua arah.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis atau Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang telah dihantar ke lokasi untuk memantau situasi, memberikan bantuan dan memastikan keselamatan kawasan.

Kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dilaksanakan bagi membuka semula laluan kepada pengguna.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...