Home Ekonomi KDNK 2025 diunjur berkembang 4.8 peratus
Ekonomi

KDNK 2025 diunjur berkembang 4.8 peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Firma penyelidikan mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berkembang pada 4.8 peratus, berbanding 5.4 peratus tahun ini.

Ketua Penyelidikkan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata, ramalan pertumbuhan itu didorong oleh faktor pemulihan ekonomi, dasar mesra pelabur dan peningkatan peluang pekerjaan.

\”Pemulihan ekonomi global secara am telah menyokong pertumbuhan KDNK Malaysia iaitu mencapai sebanyak 5.2 peratus hingga 5.4 peratus untuk tahun 2024.

\”Kedua, dasar kerajaan propelabur dan langkah-langkah mesra pelabur dalam Belanjawan 2024 serta kita lihat penyertaan aktif pelabur institusi daripada tempatan dan asing,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Tambahnya, peningkatan peluang pekerjaan dan kadar upah yang lebih tinggi dijangka terus merangsang permintaan barangan dan perkhidmatan pengguna.

Sementara itu, firma penyelidikan itu meramalkan, Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal pada 3 peratus sepanjang tahun hadapan.

Pengekalan akan mengalakkan aktiviti perniagaan dengan kos pinjaman sederhana, selain membantu menstabilkan nilai ringgit berbanding mata wang utama lain.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...