Home Pasaran FBM KLCI Turun 0.15 Peratus Ketika Akhiri Dagangan Sesi Pagi
Pasaran

FBM KLCI Turun 0.15 Peratus Ketika Akhiri Dagangan Sesi Pagi

FBM KLCI Turun 0.15 Peratus Ketika Akhiri Dagangan Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Livevartha) — Indeks penanda aras Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, susulan aktiviti pengambilan untung pada hari sebelumnya dan sejajar dengan pergerakan lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.43 mata atau 0.15 peratus kepada 1,630.44 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 2.07 mata lebih tinggi kepada 1,634.94 dan bergerak antara 1,628.77 dengan 1,636.08 sepanjang sesi pagi.

Bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 506 berbanding 476, manakala 464 kaunter lagi tidak berubah, 909 kaunter tidak diniagakan, dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.40 bilion unit bernilai RM1.48 juta.

Hong Leong Investment Bank menjangkakan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam jangka masa pendek akan meneutralkan bacaan teknikal terlebih jual dengan paras sokongan utama pada 1,623.

Antara saham berwajaran tinggi, Hong Leong Bank naik empat sen kepada RM20.46, CelcomDigi menokok tiga sen kepada RM3.68, Press Metal bertambah lima sen kepada RM4.88, Petronas Chemicals melonjak 13 sen kepada RM4.99 dan YTL Power meningkat lapan sen kepada RM4.47.

Bagaimanapun, CIMB tidak berubah pada RM8.13, Maybank susut enam sen kepada RM10.12 dan Public Bank turun dua sen kepada RM4.52.

Bagi saham aktif, Velocity Capital naik setengah sen kepada tujuh sen, Widad menokok 1.5 sen kepada 5.5 sen, Dagang Nexchange menambah 2.5 sen kepada 42.5 sen, WCT Holdings meningkat 6.5 sen kepada RM1.02, Datasonic mendatar pada 42 sen, dan JCY International kurang satu sen kepada 56.5 sen.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...