Home Nasional UMNO tidak teruskan perhimpunan solidariti Najib, Isnin ini
Nasional

UMNO tidak teruskan perhimpunan solidariti Najib, Isnin ini

UMNO tidak teruskan perhimpunan solidariti Najib, Isnin ini

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Januari– UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan solidariti menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Januari di Istana Kehakiman Putrajaya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu atas prinsip menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan arahan Ketua Polis Negara.

Beliau berkata UMNO akur atas segala saranan titah Tuanku agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

\”UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

\”UMNO menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak\”, katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti, UMNO sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

\”UMNO menjunjung hormat Titah Kenyataan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

UMNO turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahlinya yang menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral, walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....