Home Nasional Pembangunan Kg. Sungai Baru, dijangka dilaksana suku pertama 2026
Nasional

Pembangunan Kg. Sungai Baru, dijangka dilaksana suku pertama 2026

Pembangunan Kg. Sungai Baru, dijangka dilaksana suku pertama 2026

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 2 Januari– Projek pembangunan Kampung Sungai Baru dijangka dapat dilaksana pada suku pertama tahun 2026.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berharap agar projek pembangunan semula kawasan itu yang tertangguh sekian lama berjalan dengan baik.

Ini bagi memenuhi hak dan juga keperluan majoriti penduduk di kawasan tersebut.

Jelasnya, pembangunan di Kampung Sungai Baru akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di Kampung Baru secara khususnya dan Kuala Lumpur amnya.

Insya-Allah, dalam pembangunan Sungai Baru. Sudah lihat secara keseluruhan dan harapnya tiada halangan bagi tujuan pembangunan tersebut.

Kita jangka suku pertama tahun depan dapat bangunkan Sungai Baru, dengan apa dirancang dan memastikan semua kumpulan penduduk, sama ada yang beri persetujuan atau tidak akan mendapat hak mereka masing-masing,\” kata Dr. Zaliha kepada pemberita, malam tadi.

Beliau ditemui pada Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yaasin sempena sambutan 125 tahun Kampong Bharu.

Tegasnya, setiap projek pembangunan pada masa hadapan juga perlu mengambil kira sejarah dan status tanah di kawasan itu bagi memastikan Kampung Baru kekal menjadi kampung Melayu.

Hadir sama, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...