Home Nasional 73,899 calon duduki peperiksaan bertulis SPM di Selangor
Nasional

73,899 calon duduki peperiksaan bertulis SPM di Selangor

73,899 calon duduki peperiksaan bertulis SPM di Selangor

FOTO HIASAN / BERNAMA

SHAH ALAM 2 Januari- Seramai 73,899 calon menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan 494 pusat peperiksaan di Selangor.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Dr Jafri Abu berkata, manakala seramai 7,651 petugas peperiksaan terlibat.

Beliau juga berkata terdapat 25 calon yang mengambil peperiksaan berkenaan di hospital dan dua calon di penjara di negeri tersebut.

Beliau memaklumkan tiada pusat peperiksaan di Selangor juga terlibat dengan bencana banjir.

Bagaimanapun pihaknya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang bencana jika berlaku mengikut prosedur operasi standard SOP yang ditetapkan.

Dr Jafri berkata demikian dalam Sidang media selepas meninjau peperiksaan bertulis SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...