Home Nasional Banjir empat negeri, 433 orang terjejas
Nasional

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas

Banjir empat negeri, 433 orang terjejas

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Januari- Seramai 433 penduduk daripada 94 keluarga terjejas banjir di empat negeri, setakat pukul 9.20 pagi tadi.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka untuk menempatkan penduduk terjejas banjir.

Negeri yang terjejas adalah Perak, Sabah, Johor, dan Kelantan.

Di Perak, seramai 255 penduduk terjejas daripada 55 keluarga.

Angka berkenaan berkurang, berbanding 380 penduduk daripada 77 keluarga terjejas, malam tadi.

Ia melibatkan daerah Muallim dengan hanya satu PPS dibuka setakat ini.

Perak merupakan negeri yang paling terjejas akibat banjir.

Di Johor pula, angka penduduk ditempatkan di PPS kekal iaitu seramai 69 orang daripada 17 keluarga.

Kesemua mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut dan Balai Raya Kampung Perpat.

\”PPS SK Gembut menempatkan seramai 42 penduduk terjejas, manakala Balai Raya Kampung Perpat menempatkan 27 penduduk terjejas,\” menurut Info Bencana JKM.

Di Kelantan, 38 penduduk daripada 10 keluarga terjejas dengan banjir.

Angka berkenaan kekal, berbanding tengah malam tadi.

Hanya satu PPS dibuka di Pasir Mas; membabitkan SK Gual To\’Deh.

Di Sabah, 71 penduduk daripada 12 keluarga terjejas banjir di negeri itu.

Hanya satu PPS dibuka, melibatkan daerah Semporna.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...