Home Pasaran Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi, FBM KLCI Turun 0.21 Peratus
Pasaran

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi, FBM KLCI Turun 0.21 Peratus

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi, FBM KLCI Turun 0.21 Peratus

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah, menjejaki prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.40 mata atau 0.21 peratus kepada 1,634.28 daripada 1,637.68 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,638.43 dan bergerak antara 1,632.85 hingga 1,638.43 sepanjang dagangan pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 494 berbanding 325, manakala 490 kaunter kekal tidak berubah, 1,080 kaunter tidak diniagakan, dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 1.33 bilion unit bernilai RM822.07 juta.

Antara saham wajaran tinggi, CIMB menambah satu sen kepada RM8.16, IHH Healthcare meningkat dua sen kepada RM7.25, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM5.15, manakala Hong Leong Bank dan Press Metal masing-masing tidak berubah pada RM20.42 dan RM4.89.

Maybank susut empat sen kepada RM10.20, Public Bank kurang satu sen kepada RM4.53, dan TNB susut enam sen kepada RM14.78.

Bagi saham aktif, Velocity Capital naik setengah sen kepada 4.5 sen, Harvest Miracle menokok 1.5 sen kepada 15.5 sen, dan Microlink menambah 2.5 sen kepada 24 sen.

Kinergy Advancement kekal mendatar pada 34.5 sen, sementara MUI Properties susut enam sen kepada 37.5 sen.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Minyak Mentah Lemah, Ringgit Mengukuh

Kredit: MPOC Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha)...

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global
Pasaran

Emas Ditutup Tinggi Di Tengah-tengah Kebimbangan Kestabilan Politik, Ekonomi Global

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Kontrak niaga...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...