Home Pasaran Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Permintaan Terhadap Dolar AS Meningkat
Pasaran

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Permintaan Terhadap Dolar AS Meningkat

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan Permintaan Terhadap Dolar AS Meningkat

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Livevartha) — Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir 2024 berikutan permintaan yang meningkat terhadap mata wang selamat itu dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi global yang berlarutan.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4690/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4645/4700 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keadaan pada masa ini lebih memanfaatkan dolar AS berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dijangka melonggarkan dasar monetarinya secara beransur-ansur pada 2025.

"Prospek penurunan kadar yang lebih rendah pada 2025 memberi tekanan kepada pelbagai mata wang termasuk ringgit memandangkan ekonomi AS kekal berdaya tahan dan memaparkan prestasi lebih baik berbanding negara maju lain.

"Ternyata dolar AS menunjukkan prestasi memberangsangkan walaupun dengan keputusan Fed untuk menurunkan kadar faedah sejak September 2024," katanya kepada Livevartha.

Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan lebih kukuh berbanding dolar AS pada sesi dagangan pagi dan kemudiannya beransur rendah manakala Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi sepanjang dagangan.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes pula berkata pasaran pertukaran asing Asia diniagakan berhati-hati, dengan tempoh berbaki tiga minggu menjelang pelantikan presiden AS berikutan peniaga memberikan tumpuan kepada perubahan yang bakal berlaku di Washington.

Ringgit ditutup kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Related Articles

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan
Pasaran

Bursa Malaysia KLCI Susut Walaupun Catat Kenaikan Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 April (Livevartha) — Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi kemudiannya...

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan
Pasaran

Ringgit Diunjur Mendatar Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) — Ringgit dijangka...

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniagakan Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) –Pasaran niaga hadapan...

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Dengan Berhati-hati Minggu Depan

Gambar Fail Oleh Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 19 April(Livevartha) —...