Home Nasional Pengambilalihan MASwings dijangka selesai suku pertama 2025
Nasional

Pengambilalihan MASwings dijangka selesai suku pertama 2025

Pengambilalihan MASwings dijangka selesai suku pertama 2025

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg / Foto RTM

KUCHING, 30 Disember – Proses pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak dijangka dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata proses yang pada asalnya dijadualkan selesai tahun ini perlu dilanjutkan bagi memberi masa kepada juruaudit yang dilantik untuk menilai nilai aset MASwings yang dikemukakan oleh kerajaan Sarawak dan Malaysia Aviation Group (MAG).

“Kita ada nilai kita sendiri dan mereka (MAG) ada nilai mereka sendiri, jadi kita perlu tanya pihak ketiga (audit) untuk anggarkan nilai aset MASwings.

“Sepatutnya bulan ini selesai, tetapi disebabkan perbezaan nilai yang dikemukakan kedua-dua pihak…sebaik sahaja proses ini selesai, maka selesailah proses pengambilalihan. Namun yang pasti, ia akan selesai tahun depan, suku pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek bangunan perubatan dan komersial Yayasan Buah Pinggang Che Hia Khor Moral Uplifting Society (CHKMUS), di sini.

Abang Johari turut memaklumkan bahawa destinasi antarabangsa seperti Jerman, Korea, Jepun, Hong Kong, dan Bangkok menjadi antara pilihan untuk syarikat penerbangan Sarawak selepas pengambilalihan MASwings dimuktamadkan.

Related Articles

Anggota wanita APM cedera, ambulans terbabit kemalangan
Nasional

Anggota wanita APM cedera, ambulans terbabit kemalangan

FOTO IPD KUALA LANGATKUALA LUMPUR, 5 Januari- Polis mengesahkan menerima laporan kes...

Sarawak terima ramai pelancong dari Indonesia
Nasional

Sarawak terima ramai pelancong dari Indonesia

Bandaraya Kuching pada waktu malamKUCHING, 4 Januari – Promosi pelancongan Sarawak di...

RMK-13: Semak semula inisiatif perlu ditambah baik, tidak relevan
Nasional

RMK-13: Semak semula inisiatif perlu ditambah baik, tidak relevan

Pensyarah Kanan Putra Business School, Dr. Ida Md Yasin (gambar kecil)KUALA LUMPUR,...

Maritim Malaysia temui dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi
Nasional

Maritim Malaysia temui dua bot bawa 300 warga asing Myanmar di Langkawi

FOTO FAIL ALOR SETAR, 4 Januari – Dua bot yang membawa hampir...