Home Ekonomi Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan pengambilan untung
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan pengambilan untung

Niaga hadapan MSM ditutup rendah susulan pengambilan untung

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin selepas mencatatkan kenaikan awal berikutan peniaga mengambil untung susulan kenaikan harga yang berterusan baru-baru ini, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata penurunan permintaan eksport secara bermusim turut mempengaruhi permintaan untuk MSM.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM4,550 dan rintangan RM4,800 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 jatuh RM50 kepada RM4,925 setan manakala Februari 2025 merosot RM67 kepada RM4,714 satu tan dan Mac 2025 jatuh RM73 kepada RM4,551 setan.

Dalam pada itu, April 2025 berkurangan RM67 kepada RM4,392 satu tan manakala Mei 2025 dan Jun 2025 masing-masing menguncup RM61 kepada RM4,270 dan RM4,192 satu tan.

Jumlah dagangan jatuh kepada 45,092 lot daripada 56,591 lot pada Jumaat, manakala minat terbuka turun kepada 239,837 kontrak daripada 242,999 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan susut RM20 kepada RM5,030 satu tan.-Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka naik didorong asas bermusim kukuh

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 4 Januari – Kontrak niaga hadapan minyak sawit...

Ekonomi

KDNK 2025 diunjur berkembang 4.8 peratus

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 4 Januari- Firma penyelidikan mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam...

Ekonomi

Pasaran getah diunjur dalam jajaran kecil, kecenderungan penurunan minggu depan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Januari– Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil...

MEF pastikan dasar ASEAN beri manfaat kepada 680 juta rakyatnya 
Ekonomi

MEF pastikan dasar ASEAN beri manfaat kepada 680 juta rakyatnya 

SYED HUSSAIN SYED HUSMANPETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang bakal menjadi...