Home Ekonomi Tingkatkan kecekapan, Petronas laksana semakan produktiviti
Ekonomi

Tingkatkan kecekapan, Petronas laksana semakan produktiviti

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini menjalankan semakan menyeluruh terhadap produktivitinya sebagai langkah menyelaraskan kaedah kerja / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kini menjalankan semakan menyeluruh terhadap produktivitinya sebagai langkah menyelaraskan kaedah kerja, menghapuskan ketidakcekapan, dan memfokuskan usaha ke arah penciptaan nilai.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen Petronas untuk melaksanakan strategi peralihan tenaga sambil membawa penambahbaikan berterusan.

Fokus utama syarikat adalah pada aspek operasi yang cekap, daya saing komersial, dan penjimatan kos.

Petronas turut menegaskan komitmennya seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974, iaitu untuk mencipta nilai yang berterusan bagi para pemegang sahamnya.

Syarikat itu menyatakan bahawa usaha tersebut penting bagi memastikan Petronas kekal berdaya saing dan berkembang dalam landskap sektor tenaga yang sentiasa berubah, di peringkat domestik dan global.

Related Articles

Ekonomi

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka naik didorong asas bermusim kukuh

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 4 Januari – Kontrak niaga hadapan minyak sawit...

Ekonomi

KDNK 2025 diunjur berkembang 4.8 peratus

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 4 Januari- Firma penyelidikan mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam...

Ekonomi

Pasaran getah diunjur dalam jajaran kecil, kecenderungan penurunan minggu depan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Januari– Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil...

MEF pastikan dasar ASEAN beri manfaat kepada 680 juta rakyatnya 
Ekonomi

MEF pastikan dasar ASEAN beri manfaat kepada 680 juta rakyatnya 

SYED HUSSAIN SYED HUSMANPETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang bakal menjadi...