Home Nasional Tragedi nahas Jeju Air: PM ucap takziah kepada keluarga mangsa
Nasional

Tragedi nahas Jeju Air: PM ucap takziah kepada keluarga mangsa

Tragedi nahas Jeju Air: PM ucap takziah kepada keluarga mangsa

Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan rasa dukacita atas tragedi nahas pesawat Jeju Air

PUTRAJAYA, 29 Disember 2024 – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merakamkan rasa dukacita atas tragedi nahas pesawat yang berlaku di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan awal pagi tadi.

Anwar turut menyampaikan rasa simpati dan sokongan moral kepada keluarga yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan dalam kejadian tersebut.

\”Doa dan simpati saya bersama keluarga serta orang tersayang yang kehilangan nyawa dalam tragedi yang memilukan ini.

\”Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Korea Selatan dan Thailand yang terkesan akibat tragedi ini. Kami mengucapkan takziah yang mendalam kepada semua,\” kata Anwar dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Perdana Menteri turut menasihatkan agar untuk meluangkan masa bersama insan tersayang dan menghargai kehadiran mereka dalam kehidupan kita.

\”Kehilangan yang tragis ini menjadi peringatan betapa berharganya dan rapuhnya kehidupan.

\”Luangkanlah masa untuk menghargai mereka yang berada di sekeliling kita,\” katanya.

Pesawat Jeju Air 7C 2216, yang dalam perjalanan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan selepas berlepas dari Bangkok.

Pesawat yang membawa 181 orang penumpang terbabas dari landasan atas sebab yang belum disahkan.

Pesawat itu merempuh pagar perimeter dan terbakar, menyebabkan letupan serta kebakaran.

Related Articles

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai
Nasional

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha / Foto RTMNILAI, 26...

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu...

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota
Nasional

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof / BERNAMALONDON, 25 April– Tumpuan...

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun...