Home Nasional SOGIP dijangka beroperasi 2026, tarik pelaburan RM28 bilion
Nasional

SOGIP dijangka beroperasi 2026, tarik pelaburan RM28 bilion

SOGIP dijangka beroperasi 2026, tarik pelaburan RM28 bilion

Gambar hiasan

SIPITANG, 28 Disember – Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka mula beroperasi pada tahun 2026 hingga 2027, dengan potensi menarik pelaburan berimpak tinggi bernilai lebih RM28 bilion secara berfasa.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata antara pelaburan utama termasuk pembinaan kilang keluli dan pembangunan kemudahan Gas Asli Cecair (LNG) Terapung, yang bakal menjadi pemacu utama sektor industri dan tenaga di negeri ini.

Selain itu, projek lain melibatkan Syarikat E-Concern Sdn. Bhd. dengan pelaburan sebanyak RM1 bilion dalam pengurusan sisa, serta Tex Evolosi Waste Management Sdn. Bhd. dengan nilai RM70 juta.

\”Projek ini akan mencipta peluang pekerjaan pada fasa pembinaan awal dan semasa operasi kelak, di samping memberi limpahan ekonomi kepada penduduk Sipitang dan kawasan sekitar.

“Pelaburan ini mencerminkan keyakinan pelabur asing dan domestik terhadap pentadbiran negeri, yang jelas dengan hala tujunya. Tahun ini sahaja, pelaburan bernilai RM1.7 bilion telah diterjemahkan ke dalam ekonomi negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, semasa merasmikan Karnival Kesenian, Kebudayaan, Pelancongan dan Makanan Tradisi sempena Pesta Makan Tahun Kadayan Sabah 2024 di sini.

Related Articles

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai
Nasional

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha / Foto RTMNILAI, 26...

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu...

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota
Nasional

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof / BERNAMALONDON, 25 April– Tumpuan...

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun...