Thursday , 2 January 2025
Home Nasional Pembeli sawit wajib keluar resit tahun depan – Johari
Nasional

Pembeli sawit wajib keluar resit tahun depan – Johari

Pembeli sawit wajib keluar resit tahun depan – Johari

Johari Abdul Ghani/RTM

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Semua peniaga dan orang tengah yang berurus niaga dengan pekebun kecil kelapa sawit diwajibkan mengeluarkan resit bagi setiap pembelian komoditi tersebut bermula Januari tahun depan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa kegagalan mematuhi peraturan itu boleh menyebabkan lesen peniaga tidak diperbaharui.

\”Setiap kali membeli daripada pekebun kecil, pembeli mesti mengeluarkan resit yang mencatatkan jumlah berat, tan, dan kadar pengekstrakan minyak (OER) untuk disimpan pekebun kecil,\” katanya.

Beliau turut menekankan keperluan untuk memastikan ketepatan timbangan bagi mengelakkan sebarang aduan daripada pekebun kecil mengenai ketidakadilan.

\”Kita mahu pastikan timbangan dibuat dengan telus supaya tiada isu penipuan timbul,\” tambahnya.

Johari menyampaikan kenyataan itu ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-26 Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) di sini hari ini.

Dalam pada itu Malaysia juga perlu meningkatkan pengeluaran kelapa sawit bagi memperkukuhkan daya saing dalam pasaran global, selain memastikan kemampanan industri secara berterusan.

Johari berkata harga komoditi seperti kelapa sawit dan getah ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran antarabangsa.

\”Apabila ada bekalan tetapi tiada permintaan, harga akan turun. Namun, jika permintaan melebihi bekalan, harga akan meningkat.

\”Justeru, meningkatkan pengeluaran adalah kunci untuk menjadi lebih kompetitif di pasaran global,\” katanya.

Beliau turut menekankan pentingnya aspek kemampanan dalam pengeluaran sawit, sejajar dengan keperluan global terhadap produk yang lestari.

\”Dunia kini menuntut produk yang sustainable (mampan) dan kita juga perlu mengambil kira isu-isu alam sekitar,\” jelasnya.

Related Articles

Op Ambang Tahun Baharu: 35 motosikal, sebuah kereta disita
Nasional

Op Ambang Tahun Baharu: 35 motosikal, sebuah kereta disita

JPJ menyita motosikal yang diubah suai secara haram dalam Operasi Ambang Tahun...

WTD: Melaka siap sedia terima pelancong dari lebih 155 negara
Nasional

WTD: Melaka siap sedia terima pelancong dari lebih 155 negara

Foto BERNAMABANDA HILIR, 1 Januari- Kerajaan Melaka bersiap sedia untuk menerima lebih...

Ops Ambang Tahun Baharu: 25 kenderaan disita di Perak
Nasional

Ops Ambang Tahun Baharu: 25 kenderaan disita di Perak

Foto FB JPJ Negeri PerakIPOH, 1 Januari- Sebanyak 271 notis kesalahan dikeluarkan...

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu 2025
Nasional

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu 2025

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 31 Disember-Yang di-Pertuan Agong, Sultan...