Home Nasional Kelindan maut, lori terbabas langgar papan tanda dekat Gurun
Nasional

Kelindan maut, lori terbabas langgar papan tanda dekat Gurun

Kelindan maut, lori terbabas langgar papan tanda dekat Gurun

FOTO IPD KUALA MUDA

GURUN, 29 Disember- Seorang kelindan lori maut apabila lori dinaikinya terbabas dan melanggar papan tanda di kilometer 77.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berdekatan Gurun semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala MudaACP Wan Azharuddin Wan Ismail berkata kemalangan turut mencederakan dua lagi mangsa, termasuk pemandu lori.

Beliau berkata, mangsa yang meninggal dikenali Mohamad Zulfiqry Zunaidi Abdullah 20 tahun beralamat di Senggarang Johor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

\”Hasil siasatan awal yang dijalankan dalam kejadian kira- kira pukul 5.30 petangori berkenaan dipandu lelaki berusia 33 tahun hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan mengelungsur melanggar tiang papan tanda yang berada di kiri jalan.

\”Akibat kemalangan, itu mangsa terperangkap di tempat duduk penumpang sebelah kiri,\” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Mayat dibawa ke Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk proses bedah siasat.

Manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pendang untuk diberi rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Related Articles

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai
Nasional

49 PATI ditahan Imigresen dalam operasi di Nilai

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha / Foto RTMNILAI, 26...

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050
Nasional

Fadillah sasar TBB negara capai 70 peratus menjelang 2050

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 25 April- Sasaran tenaga boleh baharu...

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota
Nasional

Pelan Hala Tuju Grid Tenaga ASEAN, sasar kerjasama semua negara anggota

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof / BERNAMALONDON, 25 April– Tumpuan...

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global
Nasional

Langkah proaktif cari pasaran baharu perkukuh daya saing peringkat global

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Tahun...