Saturday , 4 January 2025
Home Ekonomi Dagangan kecil niaga hadapan emas diunjur berterusan minggu depan
Ekonomi

Dagangan kecil niaga hadapan emas diunjur berterusan minggu depan

Dagangan kecil niaga hadapan emas diunjur berterusan minggu depan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 Disember – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal suram minggu depan berikutan kekurangan minat yang ketara.

Pasaran akan ditutup bersempena cuti Tahun Baru pada Rabu dan beroperasi semula pada hari berikutnya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semerta Disember 2024 mengakhiri minggu ini lebih tinggi pada US$2,627.30 setiap auns troy daripada US$2,607.00 setiap auns troy minggu lepas dan kontrak Januari 2025 meningkat kepada US$2,640.40 setiap auns troy daripada US$2,620 sebelum ini.

Kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 turut ditutup lebih tinggi kepada US$2,650.50 setiap auns troy daripada US$2,630.30 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan menyusut lebih separuh, berkurangan kepada 60 lot daripada 144 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka menokok kepada 38 kontrak daripada 24 kontrak sebelum ini. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Januari- Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Pasaran saham dijangka dalam mod berhati-hati tahun ini
Ekonomi

Pasaran saham dijangka dalam mod berhati-hati tahun ini

PETALING JAYA: Pasaran saham dijangka didagangkan dalam mod berhati-hati pada tahun ini,...

Ekonomi

Pengelasan isi rumah, wajar dinilai semula – Penganalisis

Foto kecil: Pensyarah Kanan Putra Business School UPM, Dr. Ida Md YasinKUALA...

Ekonomi

PERKESO fokus perlindungan 24 jam, anjur Forum Keselamatan Sosial Sedunia

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyasarkan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK)...