KUALA LUMPUR, 27 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan lebih tinggi, dipacu oleh minat belian berterusan dalam saham-saham mewah terpilih di tengah-tengah aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun.
Pada12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 17.79 mata atau 1.10 peratus ke paras1,631.49 berbanding 1,613.70 pada akhir dagangan semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok3.86 mata kepada 1,617.56 dan berlegar dalam julat 1,616.69 hingga 1,632.63 sepanjang sesi berkenaan.
Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 506 berbanding 412 manakala 508 lain tidak berubah, 996 tidak didagangkan manakala 40 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 1.72 bilion unit bernilai RM1.16 bilion.
Sementara itu Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota tinjauannya berkata aktiviti memperelok akaun oleh pelabur terus ketara di bursa tempatan walaupun terdapat petunjuk yang bercampur-campur daripada prestasi semalaman pasaran ekuitiAmerika Syarikat (AS).
Perkembangan itu berlaku ketika peniaga terus dalam proses meneliti dan memberi reaksi terhadapdata tuntutan pengangguran di negara maju itu yang diumumkansemalam.
Saham wajaran tinggi menyaksikanTenaga Nasional melonjak 82 sen kepada RM15;Maybank meraih dua sen kepada RM10.14;Public Bank naik tiga sen kepada RM4.57;CIMB menambah lapan sen kepada RM8.12 dan IHH Healthcare meningkat empat sen kepada RM7.24.
Bagi saham aktif, Vanzo tidak berubah pada 20.5 sen,MYEG dan JCY masing-masing menambah satu sen kepada 96 sen dan 57 senmanakala SNS Network meraih setengah sen kepada 67.5 sen.