Home Ekonomi Ringgit diniaga tinggi berbanding dolar AS
Ekonomi

Ringgit diniaga tinggi berbanding dolar AS

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Disember – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil selepas People’s Bank of Chinamemutuskan untuk tidak menurunkan kadar faedah awal minggu ini, langkah yang dilihat sebagai petunjuk positif.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.4835/4900 berbanding dolar AS, naik daripada 4.4845/4900 pada Selasa lepas.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pelan China untuk mengeluarkan tiga trilion yuan dalam bon perbendaharaan khas pada tahun depan untuk meningkatkan ekonomi turut dilihat sebagai berita positif bagi ringgit.

Bagaimanapun, katanya walaupun terdapat perkembangan yang menggalakkan ini, tumpuan masih tertumpu kepada dasar perdagangan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, yang dijangka terus menyokong dolar AS.

“Dinamik perdagangan yang berubah dan pengumuman dasar yang akan datang akan menjadi faktor utama mempengaruhi prestasi ringgit dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata mata wang tempatan dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan data pertumbuhan ekonomi AS yang kukuh dan jangkaan aktiviti ekonomi global akan memacu permintaan terhadap minyak.

Beliau berkata harga minyak mentah Brent dan WTI, masing-masing ditutup tinggi pada Selasa lepas.

“Selain itu, Indeks Dolar Asia hari ini turut menunjukkan trend meningkat, secara amnya menunjukkan sekumpulan nilai mata wang Asia mengukuh berbanding dolar AS,” katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada2.8534/8579 daripada 2.8547/8586 pada Selasa lepas, bagaimanapun merosot berbanding pound kepada5.6237/6318 daripada5.6209/6278 dan rendah berbanding euro kepada 4.6624/6692 daripada 4.6603/6660.

Mata wang tempatan mencatatkan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia rendah berbanding dolar Singapura, diniagakan pada 3.2989/3041 daripada 3.2979/3024 sebelum ini dan mendatar berbanding peso Filipina kepada7.66/7.68.

Ia hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 276.8/277.4 daripada 276.9/277.4, bagaimanapun meningkat berbanding baht Thailand kepada13.1066/1363 daripada 13.1283/1517. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...