Home Ekonomi Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global
Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh Kodammal

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh jalinan kerjasama serta mengeratkan hubungan dengan rakan dialog sebagai persediaan menghadapi cabaran geopolitik dan perubahan iklim ekonomi global.

Pengasas Majlis Perniagaan Asean-India (AIBC), Datuk Ramesh Kodammal berkata, ASEAN perlu menggalakkan lebih banyak dasar terbuka yang akan meningkatkan nilai perdagangan blok itu.

Perkara berkenaan selaras dengan agenda integrasi ekonomi ASEAN dan aspirasi menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang tahun 2030.

\”ASEAN perlu memberi tumpuan berhubung kerjasama secara kolektif dan bergerak ke hadapan. Pandangan perlu difokuskan kepada Asia ketika ini.

\”Asia adalah enjin pertumbuhan abad ke-21 dan kita melihat India sebagai salah satu pemain penting pada masa hadapan,\” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu beliau juga berpandangan Malaysia perlu memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam menyelesaikan isu-isu serantau.

Seterusnya, memastikan ASEAN kekal menjadi blok kompetitif dan mampu mendepani sebarang tantangan masa depan.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...