Thursday , 26 December 2024
Home Pasaran Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 24 Dis(Livevartha) — Ringgit mengekalkan trajektori menaiknya untuk ditutup tinggi hari ini berbanding dolar AS dan beberapa mata wang utama lain, mendapat rangsangan terutamanya daripada kenaikan harga minyak.

Pada 6 petang,ringgit diniagakan pada4.4845/4900 berbanding dolar AS, meningkat daripada paras penutup 4.4870/4925 pada Isnin.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi ringgit dipacu sebahagiannya oleh pemulihan harga minyak mentah Brent yang meningkat melepasi paras US$73 setong.

Beliau berkata aliran meningkat dalam pasaran minyak itu adalah disebabkan kebimbangan kemungkinan lebihan bekalan dan penurunan permintaan pada tahun depan.

Selain itu, prestasi pasaran ekuiti tempatan yang kukuh susulan pelarasan portfolio akhir tahun juga membantu meningkatkan permintaan terhadap ringgit, katanya.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan permintaan terhadap ringgit menyusut dalam minggu dagangan yang lengang ini apabila ramai peniaga mula bercuti sempenasambutan perayaan Krismas yang diraikan esok dan Tahun Baharu.

"Kami juga menjangkakan permintaantinggi terhadap saham di Amerika Syarikat minggu ini susulan penjualan besar-besaran minggu lepas, yang boleh mengehadkan minat terhadap ringgit,” katanya kepadaLivevartha.

Ringgit juga mengukuh berbanding beberapa mata wang utama lain

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha)–Ringgit dibuka lebih...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Kontrak...

Aktiviti Belian, Perelok Akaun Akhir Tahun Pacu FBM KLCI Melebihi Paras 1,600
Pasaran

Aktiviti Belian, Perelok Akaun Akhir Tahun Pacu FBM KLCI Melebihi Paras 1,600

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia...