Thursday , 26 December 2024
Home Pasaran Aktiviti Belian, Perelok Akaun Akhir Tahun Pacu FBM KLCI Melebihi Paras 1,600
Pasaran

Aktiviti Belian, Perelok Akaun Akhir Tahun Pacu FBM KLCI Melebihi Paras 1,600

Aktiviti Belian, Perelok Akaun Akhir Tahun Pacu FBM KLCI Melebihi Paras 1,600

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya dan ditutup lebih tinggi melepasi paras utama psikologi 1,600 pada akhir dagangan Selasa, dipacu oleh belian berterusan dalam saham-saham mewah utiliti dan perindustrian, kata penganalisis.

Pada 5 petang, indeks petunjuk utamaFTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.79 mata atau 0.43 peratus kepada 1,602.99 berbanding 1,596.20, semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka mengukuh 0.44 mata pada 1,596.64, paras terendah intra harian dan meneruskan momentum ke paras tertinggi harian 1,603.89 pada sesi petang.

Sentimen pasaran secara meluas juga bertukar positif menjelang akhir dagangan hari ini yang menyaksikan kaunteruntungmengatasi rugi iaitu 500 berbanding 428manakala 533 kaunter tidak berubah, 962 tidak didagangkan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.01 bilion unit bernilai RM1.54 bilion daripada 2.37 bilion unit bernilai RM2.04 bilion semalam.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata keuntungan FBM KLCI kebanyakannya diterajui oleh saham utiliti dan perindustriandengan 24 daripada konstituen indeks mencatatkenaikan berbanding hanya dua susut.

“Sebahagian besar daripada kenaikan itu dipacu oleh aktiviti memperelok akaun padaakhir tahun apabila pelabur institusi menyusun semula portfolio untuk menaikkan matriks prestasi menjelang tempoh itu.

“Namun, aktiviti pasaran secara keseluruhannya adalah kurang memberangsangkan dengan jumlah dagangan hanya 2.01 bilion saham berikutan ramai pelabur yang berehat awal menjelang cuti Krismas esok," katanya kepada Livevartha.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

Oleh Anas Abu Hassan KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) –Bursa Malaysia dibuka...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini
Pasaran

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Pagi Ini

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha)–Ringgit dibuka lebih...

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin KUALA LUMPUR, 24 Dis (Livevartha) — Kontrak...

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak
Pasaran

Ringgit Ditutup Tinggi Mendapat Rangsangan Daripada Kenaikan Harga Minyak

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin KUALA LUMPUR, 24 Dis(Livevartha) — Ringgit mengekalkan trajektori...