Home Nasional Penyedia platform dalam talian digesa proaktif sekat aktiviti tidak bermoral
Nasional

Penyedia platform dalam talian digesa proaktif sekat aktiviti tidak bermoral

Penyedia platform dalam talian digesa proaktif sekat aktiviti tidak bermoral

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 24 DisemberSemua penyedia platform dalam talian digesa lebih proaktif menyekat sebarang aktiviti tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.

Menteri Komunikasi Fahmi fadzil berkata, ibu bapa juga berperanan dalam mengawal penggunaan media sosial anak-anak terutama yang di bawah umur bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Fahmi dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah kepada PDRM dan MCMC atas kejayaan pelaksanaan Op Pedo.

Tegas beliau, kerajaan MADANI akan terus menyokong usaha bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terpelihara.

Juga, tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk jenayah yang mengancam masa depan mereka.

Tambah beliau, penahanan 13 individu dalam Op Pedo membuktikan komitmen pihak berkuasa dalam membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak termasuk secara dalam talian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....