Home Nasional Proses permohonan sijil halal, JAKIM tidak pernah lantik pihak ketiga
Nasional

Proses permohonan sijil halal, JAKIM tidak pernah lantik pihak ketiga

Proses permohonan sijil halal, JAKIM tidak pernah lantik pihak ketiga

FOTO FAIL

PUTRAJAYA, 24 Disember – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai perunding bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ketua Pengarahnya Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya sebelum ini pernah mengesan kes individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mendakwa diri sebagai orang tengah yang boleh membantu mendapatkan sijil halal JAKIM secara lebih mudah dengan sejumlah bayaran.

Jelasnya, perkara itu berlaku kerana masyarakat mempunyai persepsi bahawa proses permohonan halal rumit, mahal dan memakan masa untuk diperoleh, namun keadaan adalah sebaliknya.

\”Ada perunding yang dibayar tiap-tiap bulan, itu perjanjian antara syarikat dengan perunding, tiada melibatkan JAKIM, kita dah buat pekeliling pemakluman kepada semua syarikat pemohon bahawa JAKIM tidak mengiktiraf sebarang ejen untuk berurusan dengan JAKIM, kita hanya berurusan dengan syarikat pemohon,\” kata Dr. Sirajuddin.

Beliau berkata demikian menerusi rancangan podcast, JAKIM Untuk Ummah (JUM) Podcast yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial JAKIM.

Tambah beliau, bagi melancarkan proses pengeluaran sijil halal, pemohon harus bersedia untuk memenuhi semua keperluan yang disyaratkan dengan kos yang dikenakan hanya RM100 setahun.

Malah, hampir 98 peratus permohonan telah selesai dalam tempoh kurang 30 hari berbanding 60 hari sebelum ini.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...