Home Nasional 1,076 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif diluluskan
Nasional

1,076 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif diluluskan

1,076 projek pembinaan semula bangunan sekolah daif diluluskan

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ruji Ubi

KUALA LUMPUR, 24 Disember- Sebanyak 1,076 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan setakat 18 Disember lalu.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 728 projek telah siap, manakala 185 projek lagi dalam pembinaan dan bakinya 163 projek lagi dalam peringkat prabina.

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Ruji Ubi berkata tempoh pembinaan bagi projek berkenaan adalah antara 6 hingga 36 bulan tertakluk kepada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak.

\”Sudah tentu daripada kriteria skala 1 hingga 7 kita menumpukan sekolah-sekolah yang bertaraf berskala 6 dan 7 dan kita telah mengenal pasti 122 sekolah di seluruh negara.

\”Sebahagian besarnya di Sabah dan Sarawak, lebih kurang 50 sekolah di Sabah dan lebih 30 di Sarawak dan selebihnya di semananjung,\” katanya.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Bicara Naratif di Angkasapuri.

Tambah beliau, KPM juga komited menyelesaikan isu berkaitan penyelenggaraan infrastruktur sekolah terutama sekolah yang berada di skala 3 , 4 dan 5 supaya tidak termasuk dalam kategori sekolah daif.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...