Home Ekonomi ASB umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit 
Ekonomi

ASB umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit 

ASB umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit 

ASB umum agihan pendapatan 5.75 sen seunit.

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu berkata, jumlah tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 5.5 sen seunit dan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. 

“Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM10.1 bilion ini akan memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.

“ASB terus memberikan pulangan yang mampan, mengatasi pulangan pasaran serta penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank. 

“Bilangan akaun ASB meningkat 2.4 peratus kepada 11.1 juta akaun, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan bumiputera dalam perancangan kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan.-UTUSAN

Related Articles

MEF pastikan dasar ASEAN beri manfaat kepada 680 juta rakyatnya 
Ekonomi

MEF pastikan dasar ASEAN beri manfaat kepada 680 juta rakyatnya 

SYED HUSSAIN SYED HUSMANPETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) yang bakal menjadi...

Firma Taiwan, Linco Technology melabur di Senai Airport City
Ekonomi

Firma Taiwan, Linco Technology melabur di Senai Airport City

GAN Seng Keong (dua dari kiri) bersama Leon Chen pada majlis menandatangani...

Agihan keuntungan Tabung Haji dijangka kekal 3.1% hingga 3.5%
Ekonomi

Agihan keuntungan Tabung Haji dijangka kekal 3.1% hingga 3.5%

TABUNG Haji mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun...

Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 3 Januari– Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi...