Home Ekonomi Maybank IB kekal unjuran inflasi 1.9% dan 3%
Ekonomi

Maybank IB kekal unjuran inflasi 1.9% dan 3%

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 Disember- Maybank Investment Bank kekalkan unjuran inflasi bagi 2024 pada 1.9% dan 3%, tahun hadapan.

Unjuran bagi 2025, mengambil kira potensi kesan daripada pengumuman Belanjawan 2025, termasuk rasionalisasi subsidi RON95 dan kos buruh lebih tinggi.

Kos buruh dijangka meningkat berikutan kenaikan gaji minimum, levi pelbagai peringkat pekerja asing dan caruman wajib KWSP.

Sementara itu, kesan pelarasan harga berikutan langkah rasionalisasi subsidi diesel sejak 10 Jun lepas, adalah terhad kepada inflasi.

Harga diesel tanpa subsidi berada dalam aliran menurun sejak 8 Ogos lalu daripada RM3.30 sen seliter kepada RM2.95 seliter setakat 19 Disember lalu.

Inflasi diesel bagi November 2024 kekal pada 15% untuk tempoh tahun ke tahun.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...