Home Ekonomi Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018
Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin Nordin

KUALA LUMPUR, 24 Disember – Trend positif pasaran ekuiti antara faktor penting, menyumbang kepada agihan dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) lebih baik dan tertinggi sejak tahun 2018.

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB Azharuddin Nordin berkata, ini memandangkan sebahagian besar daripada kelas aset pelaburan ASB tertumpu kepada pasaran ekuiti.

Jelasnya, kadar dividen untuk tahun hadapan akan turut ditentukan faktor sama, selain dividen daripada syarikat tersenarai.

\”Khususnya syarikat seperti Maybank, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sime Darby Plantation Bhd, ini adalah contoh syarikat besar yang dimiliki oleh ASB dan jika syarikat ini dapat meningkatkan dividen mereka kepada ASB sudah tentu dapat mengekalkan pembayaran dividen sekurang-kurgnya sama dengan tahun ini,\” kata Azharuddin.

Sementara itu, Permodalan Nasional Bhd (PNB) memaklumkan sebanyak 77 peratus daripada aset kumpulan dilaburkan dalam pasaran domestik, manakala 23 peratus dalam pasaran global.

Daripada 77 peratus sebanyak 60 peratus adalah pelaburan dalam pasaran ekuiti awam domestik.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...